Selasa, 20 Ogos 2019

Payah Mendidik Zaman Sekarang

Didiklah anak-anak untuk keperluan zamannya. Demikian antara lain kata-kata Sayidina Ali K.W. Ini bermakna anak-anak kita perlu di asuh dan dididk untuk memenuhi masa depan umat dan negara, mungkin 2020, 2025, 2030 dan seterusnya. Tetapi dalam usaha mendidik anak-anak ini, cabaran sekarang dirasakan amat berat sekali, berbeza dengan zaman persekolahan kita atau orang tua kita.

Kerap terdengar guru-guru mengadu bertapa sukarnya mengendalikan anak-anak sekolah sekarang ini. Untuk mendisiplinkan anak-anak supaya duduk dalam kelas pun sukar, inikan pula untuk mengajar mereka. Seorang guru mengadu pada saya, hari ini bukan saja hampir tiada pelajar sudi mengakat buku-buku latihan dari kereta cikgu, malah jika berselisih jalan, guru pula dilanggar mereka.

Apa sebenarnya sudah berlaku kepada generasi muda kita ini?. Ramai ibubapa yang mengorbankan banyak tenaga dan masa dirumah dalam mendisiplinkan anak-anak pun turut mengeluh. Kata mereka, didalam rumah anak-anak mungkin mendengar cakap, tetapi pengaruh persekitaran merosakkan segala-galanya.

Pengaruh luar ini tidak semestinya ketika ketika anak-anak berada diluar rumah. Ia berupa alat dunia baru seperti televisyen, komputer ( internet ), radio dan telifon.

Rancangan televisyen hari ini begitu menakutkan. Filem, dokumentari, rancangan hiburan dan iklan menjurus kepada budaya lagha. Manakala siaran radio pula berkonsepkan hiburan terutama muzik sepanjang hari. Tidak kira siang atau malam. Itu belum diambil kira komputer yang mempunyai akses internet. Jika seseorang anak sudah 'lekap' di depan monitor komputer, alamat dari pagi sampai malam dia akan berada disitu.

Dengan pengunaan telefon selular pula, pelbagai aktiviti lagha boleh dilakukan. Semuanya dari rumah, tampa anak-anak kita dipengaruhi rakan dan faktor persekitaran diluar rumah.

Diluar pula persekitaran tidak menyebelahi ibubapa dan guru dalam membetuk anak-anak membesar dalam suasana keagamaan. Anak-anak dipaparkan dengan pelbagai kegiatan kurang sihat, misalnya kebanjiran bahan lucah menjijikkan, percapuran tampa batasan lelaki dan perempuan. Kewujudan pusat hiburan serta perjudian dan perlakuan orang dewasa yang buruk.

Anak-anak sukar mengenali idola yang baik. Demikian betapa sukar untuk mendidik anak-anak pada zaman gerhana ini. Kemajuan diukur bukan berdasarkan kehendak islam, tetapi mengikut nafsu serakah manusia yang berkiblatkan Barat dengan segala 'isme' yang jelas menolak agama daripada kehidupan.

Hanya kepada Allah kita berserah. Hanya dia yang mengetahui apa sebenarnya sudah berlaku kepada negara kita dan dunia ini. Sebagai manusia, kita hanya berusaha, berjaya atau tidak bukan urusan kita yang daif ini.
Share:

0 ulasan :

Catat Ulasan

Ruangan Sembang

Recent Posts

Definition List