Bengkel Pembinaan Dokumen Korikulum

Di GIATMARA Prima Ledang Johor

Peperiksaan Kekompetenan Pendawai

Di GIATMARA Keningau Sabah

Bengkel Pembinaan WIM

Di GIATMARA Prima Ledang Johor

Isnin, 29 Julai 2019

BADAN PERWAKILAN PELAJAR GIATMARA BACHOK

Fungsi Dan Peranan Badan Perwakilan Pelajar GIATMARA Bachok.

Badan Perwakilan Pelajar ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar untuk menjadi pemimpin di masa depan, selain membantu pihak pegurusan GIATMARA Bachok menangani masalah disiplin pelatih. Badan Perwakilan Pelajar juga berfungsi sebagai saluran bagi para pelajar mengemukakan masalah - masalah mereka kepada pihak pengurusan GIATMARA Bachok. Badan Perwakilan Pelajar hendaklah diwujudkan bagi memenuhi tanggungjawab itu.

Badan Perwakilan Pelajar GIATMARA Bachok dianggotai oleh empat belas orang ahli. Sepuluh orang dipilih secara undian dan empat orang dipilih secara lantikan.

Badan Perwakilan Pelajar GIATMARA Bachok diketuai oleh seorang Pengerusi , Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, empat orang wakil Ketua Kursus dan Ketua-ketua Biro, iaitu Biro Hal Ehwal Pelajar, Biro Ddisiplin, Biro Ggama dan Kebajikan, Biro Sukan dan Kesenian, Biro Kebersihan dan Keceriaan dan Siaraya dan Media.


Objektif Utama Badan Perwakilan Pelajar GIATMARA Bachok

  1. Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.
  2. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
  3. Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
  4. Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
  5. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan GIATMARA Bachok.
MISI

Menjadi perantara di antara pelatih dengan pihak pengurusan ataupun sebaliknya, menyediakan satu saluran pembangunan diri untuk pelajar dari aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum

VISI

Memastikan kebajikan dan hak pelatih tidak terabai serta memastikan pelatih dapat menikmati keselesaan dan kemudahan semasa berada di GIATMARA Bachok.

PERANAN BADAN PERWAKILAN PELAJAR GIATMARA BACHOK

  1. Melahirkan barisan pemimpin pelatih yang berwibawa.
  2. Membantu pelatih mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
  3. Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
  4. Menggalakkan penyertaaan aktif pelatih dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
  5. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelatih kepada pihak pengurusan GIATMARA Bachok.
  6. Badan Perwakilan Pelajar memainkan peranan penting dalam mengenalpasti dan mendengar luahan masalah berhubung hal-hal kebajikan, disiplin, keperluan dan hak-hak pelatih.
TUGAS-TUGAS BPP

Pengerusi / Ketua Pelatih
  1. Ketua Organisasi BPP
  2. Ketua Pelajar
  3. Merangka aktiviti
  4. Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
Naib Ketua
  1. Membantu Tugas Ketua Pelatih
  2. Menjaga Disiplin dan kebajikan pelatih
SETIAUSAHA
  1. Mencatat minit mesyuarat
  2. Urusan surat
  3. Membantu Tugas-tugas Ketua Pelatih
  4. Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
  5. Merekod aktiviti
  6. Menyedia laporan aktiviti
BENDAHARI
  1. Urusan kewangan
  2. Menyedia kertas kerja aktiviti
  3. Berurusan dengan penasihat keawangan ESR
  4. Menjaga Disiplin dan kebajikan pelatih

BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN
  1. Merancang dan menjalankan aktiviti kerohanian.
  2. Merancang dan menjalankan aktivti kesedaran dan pembangunan jati diri.
  3. Menjaga Disiplin dan kebajikan pelatih.
Contoh program Minggu Penghayatan Nilai – Nilai Islam. Kempen Tutup Aurat, Menghormati sesama manusia dan sebagainya.

BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
  1. Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
  2. Memastikan keselamatan pelajar terjamin
  3. Merancang dan menjalankan kempen kebersihan.
  4. Merancang dan menjalankan aktiviti menceriakan kawasan GIATMARA Bachok.
  5. Memantau tugas dan amalan budaya bersih
  6. Melaksanakan amalan 5S
Contoh Program Gotong royong menghias kawasan GIATMARA sempena hari kemerdekaan.

BIRO SUKAN DAN KESENIAN
  1. Merancang dan menjalankan aktiviti sukan dan riadah
  2. Menjaga Disiplin dan kebajikan pelatih
BIRO HAL EHWAL PELAJAR

1. Mengambil aduan pelatih
2. Menjaga disiplin dan kebajikan pelatih

BIRO DISIPLIN

1. Membantu guru disiplin dalam menguatkuasakan peraturan dan disiplin pelatih
2. Menjaga disiplin dan kebajikan pelatih

KETUA KURSUS

1. Mengambil aduan pelatih
2. Membantu Tenaga Pengajar dalam menguatkuasakan Peraturan
3. Menjaga disiplin dan kebajikan pelatih.

SIARAYA / MEDIA

1. Merekod aktiviti bergambar
2. Mempromosi GIATMARA Bachok
3. Menjaga disiplin dan kebajikan pelatih

SENARAI AHLI JAWATANKUASA BADAN PERWAKILAN PELAJAR GIATMARA BACHOK SESI 2019.

Share:

Selasa, 23 Julai 2019

Guru Agama GIATMARA Bachok Meninggal Dunia Di Makkah.


Imam Masjid Mukim Telaga Papan di sini, Ismail Yaacob meninggal dunia di Makkah petang semalam.

Pengerusi Biro Belia dan Wanita masjid berkenaan, Nor Amran Nor, 49, berkata, dia menerima berita sedih itu melalui aplikasi WhatsApp rakan yang turut berada di Tanah Suci.

Katanya, Ismail berusia 67 tahun yang lebih dikenali sebagai Tok Imam Wel menghembuskan nafas terakhir jam 1 petang semalam.

"Saya diberitahu dia meninggal dunia akibat serangan jantung, jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Perkuburan Arafah.

"Arwah seperti ayah kepada penduduk kampung, pemergiannya sangat dirasai," katanya

Arwah juga merupakan guru Agama di GIATMARA Bachok bermula tahun 1994. Pemergiannya turut dirasai oleh Warga GIATMARA Bachok. Al-Fatihah semuga roh nya ditempatkan bersama orang yang beriman.
Share:

Isnin, 15 Julai 2019

Pengupas Kulit Kelapa



Mari kita jenguk idea inovasi Cikgu Fauzi Zakaria Tenaga Pengajar Kursus Automotif GIATMARA Bachok yang menghasilkan idea kreatif. Mana tahu dengan idea ciptaan beliau ini kita semua boleh memikirkan idea-idea yang lebih kreatif dan berinovasi selepas ini. Insya Allah.

Ciptaan ini dihasilkan oleh Cikgu Fauzi Zakaria bagi memudahkan kerja-kerja mengupas kulit kelapa agar lebih mudah, cepat, selamat dan boleh dilakukan oleh sesiapa saja termasuk wanita. Projek inovasi ini telah memenangi beberapa pertandingan inovasi peringkat kebangsaan.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan alat ini boleh menghubungi beliau di talian no. 012-9583306.
Share:

Ruangan Sembang

Recent Posts

Definition List