Kursus Pendawaian Elektrik Tiga Fasa PW4 Di GIATMARA Bachok

Tujuan Kursus Pendawaian Elektrik Tiga Fasa Di GIATMARA Bachok

GIATMARA Bachok merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang ditubuhkan dan diletakkan di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Penubuhan GIATMARA Bachok bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar. Ianya bagi membolehkan para belia untuk mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Oleh kerana bidang pendawaian elektrik merupakan keperluan dan permintaan masyarakat di sekitar jajahan Bachok maka atas dasar ini lah kursus pendawaian elektrik tiga fasa PW4 di wujudkan dengan nya akan menjana peluang kerja dan keusahawanan kepada bekas pelatih. 


Objektif Kursus Pendawaian Elektrik Tiga Fasa PW4



Selepas mengikut program ini peserta boleh menjadi seorang pendawai yang berkompeten dalam bidang elektrik. Mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan kerja-kerja pepasangan, pengujian dan penyelenggaraan pendawaian dengan mengunakan peralatan, perkakasan berteknologi terkini. Peserta juga berpotensi menjadi kontraktor yang berdaftar

Konsep Latihan

Matlamat utama penubuhan GIATMARA Bachok ialah memberi latihan dalam melahirkan para belia yang berdisiplin, berkemahiran teknikal dan berpengetahuan perniagaan. Manakala objektif penubuhannya adalah untuk memberi latihan vokasional kepada golongan belia dalam bidang-bidang kemahiran bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir mengikut piawaian Jabatan Penbangunan Kemahiran (JPK).


Di samping dapat memberi khidmat nasihat dalam meningkatkan disiplin di kalangan belia sesuai dengan aspirasi negara, memberi latihan perniagaan dan perdagangan bagi melahirkan usahawan yang progresif dan berdaya saing serta menyediakan kursus jangka pendek dalam bidang-bidang tertentu sebagai latihan lanjutan kemahiran bagi meningkatkan mutu kerja. Institut ini menjalankan konsep latihan bersepadu seperti bidang kemahiran, latihan kawad dan budaya disiplin, keusahawanan, bina insan dan kepimpinan, keagamaan, sukan dan rekreasi serta khidmat masyarakat dengan ratio kemahiran sebanyak 70 peratus dan pembangunan insan sebanyak 30 peratus. Manakala pembelajaran mengikut ratio 70 peratus amali dan 30 peratus teori. Latihan di industri pula selama 6 bulan di kontraktor elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.


Institut ini berazam untuk memberi pelbagai Latihan Kemahiran di dalam pelbagai jurusan dan latihan bina diri dalam satu jangka masa yang optima. Menentukan kejayaan para pelatih dalam peperiksaan persijilan dalam satu jangka masa yang ditetapkan dengan tahap pencapaian sebanyak 85 peratus ke atas. Di samping menyediakan khidmat sokongan sepanjang tahun bagi meningkatkan prestasi organinasi.
Kandungan Modul
MODUL
TAJUK MODUL
MODUL 01
MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA
MODUL 02
MENGGUNAKAN PERALATAN TANGAN DAN MESIN ELEKTRIK  
(POWER TOOLS)    
MODUL 03
MEMBUAT  PENDAWAIAN SUIS  SATU HALA
MODUL 04
MEMBUAT PENDAWAIAN SUIS DUA HALA DAN PERTENGAHAN
MODUL 05
MEMBUAT PENDAWAIAN PELBAGAI SUIS DAN KAWALAN                           AUTOMATIK

MODUL 06
MEMBUAT PENDAWAIAN LITAR AKHIR KUASA
MODUL 07
MEMBUAT PENDAWAIAN LITAR  AKHIR DAN TURUTAN KAWALAN PENGGUNA

MODUL 08
MENGUJI DAN  MENYELENGGARA PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA 
MODUL 09
MEMBUAT PENDAWAIAN PVC CASING
MODUL 10
MEMBUAT PENDAWAIAN PVC KONDUIT DAN PVC TRUNKING SATU FASA
MODUL 11
MEMBUAT PENDAWAIAN G.I KONDUIT DAN Metal TRUNKING SATU FASA
MODUL 12
Mendawai litar kawalan satu fasa
MODUL 13
MEMBUAT PENDAWAIAN SEBUAH RUMAH CONTOH BEKALAN SATU FASA       
MODUL 14
MEMBUAT PENDAWAIAN PERMUKAAN TIGA FASA
MODUL 15
MEMBUAT PENDAWAIAN PVC KONDUIT DAN PVC TRUNKING TIGA FASA
MODUL 16
MEMBUAT PENDAWAIAN G.I KONDUIT DAN Metal TRUNKING TIGA FASA
MODUL 17
MEMBUAT PENDAWAIAN TERSEMBUNYI  TIGA FASA
MODUL 18
MENGUJI DAN  MENYELENGGARA PEPASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA 
MODUL 19
MENDAWAI PENGHIDUP MOTOR  ELEKTIK
MODUL 20
MEMBUAT PENDAWAIAN SEBUAH RUMAH CONTOH BEKALAN TIGA FASA       
MODUL 21
MENGATURCARA PROGRAM PLC
MODUL 22
MENDAWAI PAPAN SUIS UTAMA 
MODUL 23
MEMASANG SISTEM PEMBUMIAN
























Kaedah Penilaian
Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan kemahiran berkaitan dengan pendawaian elektrik tiga  ( 3 ) fasa domestik dan industri, pengujian dan penyelenggaraan litar elektrik dan kawalan motor. selain itu pelatih akan menjalani latihan sambil bekerja selama enam ( 6 ) bulan di industri yang sesuai dengan kursus ini menambah pengetahuan dan kemahiran yang sebenar.
Sepanjang mengikuti kursus ini pelatih juga akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Latihan ini secara tidak langsung merupakan pendedahan secara simulasi kepada pelatih sebelum berkecimpung dalam kerjaya sebenar. Selain daripada itu, pelajar juga akan dilatihkan untuk mempraktikkan persekitaran kerja yang selamat disamping melengkapkan para pelajar dengan prosedur pendekatan yang tepat dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan elektrik.

0 ulasan :

Catat Ulasan

Ruangan Sembang

Recent Posts

Definition List