Sepitas Lalu

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).


Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

GIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (kini dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi.

Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Pada akhir RMK 10, bilangan GIATMARA dijangka akan bertambah menjadi 231 buah seluruh negara.

Visi

Menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing.

Misi

Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul dan diiktiraf di peringkat Negara dan Antarabangsa.

Objektif
  1. Melahirkan tenaga mahir negara 
  2. Mewujudkan usahawan 
  3. Membantu membasmi kemiskinan

Ruangan Sembang

Recent Posts

Definition List