Kursus Fesion And Dressmaking

Tujuan Kursus Dressmaking Di GIATMARA Bachok

GIATMARA Bachok merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang ditubuhkan dan diletakkan di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Penubuhan GIATMARA Bachok bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar. Ianya bagi membolehkan para belia untuk mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Oleh kerana bidang jahitan pakaian merupakan keperluan dan permintaan masyarakat di sekitar jajahan Bachok maka atas dasar ini lah kursus Fesion And Dressmaking di wujudkan dengan nya akan menjana peluang kerja dan keusahawanan kepada bekas pelatih.

Objektif Kursus Fesion And Dressmaking

Selepas mengikuti program ini, peserta boleh menjadi pekerja mahir dalam
bidang fashion and dressmaking. Mereka boleh melakukan kerja-kerja
mengukur, mendraf,memotong, menjahit dan menghasilkan pelbagai rekaan
pakaian dengan menggunakan peralatan dan teknologi yang terkini.
Peserta juga berpotensi menjadi usahawan teknokrat

Konsep Latihan

Matlamat utama penubuhan GIATMARA Bachok ialah memberi latihan dalam melahirkan para belia yang berdisiplin, berkemahiran teknikal dan berpengetahuan perniagaan. Manakala objektif penubuhannya adalah untuk memberi latihan vokasional kepada golongan belia dalam bidang-bidang kemahiran bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir mengikut piawaian Jabatan Penbangunan Kemahiran (JPK).
Di samping dapat memberi khidmat nasihat dalam meningkatkan disiplin di kalangan belia sesuai dengan aspirasi negara, memberi latihan perniagaan dan perdagangan bagi melahirkan usahawan yang progresif dan berdaya saing serta menyediakan kursus jangka pendek dalam bidang-bidang tertentu sebagai latihan lanjutan kemahiran bagi meningkatkan mutu kerja. Institut ini menjalankan konsep latihan bersepadu seperti bidang kemahiran, latihan kawad dan budaya disiplin, keusahawanan, bina insan dan kepimpinan, keagamaan, sukan dan rekreasi serta khidmat masyarakat dengan ratio kemahiran sebanyak 70 peratus dan pembangunan insan sebanyak 30 peratus. Manakala pembelajaran mengikut ratio 70 peratus amali dan 30 peratus teori.

Kandungan Modul


MODUL
TAJUK MODUL
MODUL 01
MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA
MODUL 02
MENGENDALI MESIN JAHIT
MODUL 03
MEMBUAT SAMPEL BAHAGIAN PAKAIAN
MODUL 04
MEMBUAT BLAUS
MODUL 05
MEMBUAT KEMEJA
MODUL 06
MEMBUAT SKIRT
MODUL 07
MEMBUAT BAJU KURUNG MODEN
MODUL 08
MEMBUAT BAJU MELAYU MODEN
MODUL 09
MEMBUAT BAJU KURUNG TRADISIONAL
MODUL 10
MEMBUAT BAJU MELAYU TRADISIONAL
MODUL 11
MEMBUAT BAJU KANAK-KANAK
MODUL 12
MEMBUAT KEBAYA
MODUL 13
MEMBUAT SELUAR SLEK
MODUL 14
LAKAR FESYEN
MODUL 15
BAIK PULIH PAKAIAN
Kaedah Penilaian
Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan kemahiran berkaitan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sepanjang mengikuti kursus ini pelatih juga akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Latihan ini secara tidak langsung merupakan pendedahan secara simulasi kepada pelatih sebelum berkecimpung dalam kerjaya sebenar. Selain daripada itu, pelajar juga akan dilatihkan untuk mempraktikkan persekitaran kerja yang selamat disamping melengkapkan para pelajar dengan prosedur pendekatan yang tepat dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan.

KONSEP LATIHAN
Amali     = 70%
Teori      = 30%

3 ulasan :

Ruangan Sembang

Recent Posts

Definition List