Tujuan Kursus Teknologi Automotif Di GIATMARA Bachok
GIATMARA Bachok merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang ditubuhkan dan diletakkan di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Penubuhan GIATMARA Bachok bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar. Ianya bagi membolehkan para belia untuk mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Oleh kerana bidang automotif merupakan keperluan dan permintaan masyarakat di sekitar jajahan Bachok maka atas dasar ini lah kursus Teknologi Automotif di wujudkan dengan nya akan menjana peluang kerja dan keusahawanan kepada bekas pelatih.
Objektif Kursus Teknologi Automotif
Selepas mengikuti program ini, peserta boleh menjadi pekerja mahir dalam bidang automotif.. Mereka boleh melakukan kerja-kerja mengesan, membaiki serta menguji kesemua kerosakan pada enjin petrol/diesel konvesional dan elektronik dengan menggunakan peralatan dan teknologi terkini. Peserta juga berpotensi menjadi usahawan teknokrat.

Konsep Latihan
Matlamat utama penubuhan GIATMARA Bachok ialah memberi latihan dalam melahirkan para belia yang berdisiplin, berkemahiran teknikal dan berpengetahuan perniagaan. Manakala objektif penubuhannya adalah untuk memberi latihan vokasional kepada golongan belia dalam bidang-bidang kemahiran bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir mengikut piawaian Jabatan Penbangunan Kemahiran (JPK).
Di samping dapat memberi khidmat nasihat dalam meningkatkan disiplin di kalangan belia sesuai dengan aspirasi negara, memberi latihan perniagaan dan perdagangan bagi melahirkan usahawan yang progresif dan berdaya saing serta menyediakan kursus jangka pendek dalam bidang-bidang tertentu sebagai latihan lanjutan kemahiran bagi meningkatkan mutu kerja. Institut ini menjalankan konsep latihan bersepadu seperti bidang kemahiran, latihan kawad dan budaya disiplin, keusahawanan, bina insan dan kepimpinan, keagamaan, sukan dan rekreasi serta khidmat masyarakat dengan ratio kemahiran sebanyak 70 peratus dan pembangunan insan sebanyak 30 peratus. Manakala pembelajaran mengikut ratio 70 peratus amali dan 30 peratus teori.
Kandungan Modul
MODUL
|
TAJUK MODUL
|
MODUL 01
|
MENGURUS
KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA
|
MODUL 02
|
CARRY OUT
BENCH FITTING
|
MODUL 03
|
REPAIR
PETROL ENGINE
|
MODUL 04
|
REPAIR LUBRICATION SYSTEM
|
MODUL 05
|
REPAIR COOLING SYSTEM
|
MODUL 06
|
REPAIR FUEL SYSTEM
|
MODUL 07
|
REPAIR IGNITION
SYSTEM
|
MODUL 08
|
REPAIR DIESEL FUEL SYSTEM
|
MODUL 09
|
SERVICE
ELECTRONIC FUEL INJECTION SYSTEM
|
MODUL 10
|
SERVICE AIR
INTAKE DAN EXHAUST
SYSTEM
|
MODUL 11
|
REPAIR VEHICLE ELECTRICAL SYSTEM
|
MODUL 12
|
REPAIR
CLUTCH SYSTEM
|
MODUL 13
|
REPAIR MANUAL TRANSMISSION SYSTEM
|
MODUL 14
|
REPAIR AUTOMATIC TRANSMISSION SYSTEM
|
MODUL 15
|
REPAIR STERING
SYSTEM
|
MODUL 16
|
REPAIR
SUSPENSION SYSTEM
|
MODUL 17
|
REPAIR TIRE AND WHEEL SYSTEM
|
MODUL 18
|
REPAIR
BRAKE SYSTEM
|
MODUL 19
|
REPAIR AIR CONDITIONING SYSTEM
|
MODUL 20
|
PERFORM VEHICLE MAINTENANCE
|
Kaedah Penilaian
Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan kemahiran berkaitan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sepanjang mengikuti kursus ini pelatih juga akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Latihan ini secara tidak langsung merupakan pendedahan secara simulasi kepada pelatih sebelum berkecimpung dalam kerjaya sebenar. Selain daripada itu, pelajar juga akan dilatihkan untuk mempraktikkan persekitaran kerja yang selamat disamping melengkapkan para pelajar dengan prosedur pendekatan yang tepat dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan.
KONSEP LATIHAN
Amali = 70%
Amali = 70%
Teori = 30%
0 ulasan :
Catat Ulasan